Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.Segala pujian bagi Allah dan selawat berpanjangan buat Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Alhamdulillah setelah sebulan berRamadhan maka muncullah Syawal . Hari meraikan kemenangan buat orang yang selalu bermujahadah melawan hawa nafsu...Maka dengan itu berkumpullah ahli keluarga di rumah orang tersayang .Lantaran itu berkunjunglah sanak saudara ke rumah sepupu sepapat, rakan taulan dan ipar duai khususnya di rumah ibunda tercinta.Terjalinlah silaturrahim dan leburlah segala dosa dosa yang telah dimaafkan melainkan dosa kepada Allah yang perlu diminta oleh si hamba kepadaNya. Di hari lebaran ini bermacamlah gelagat dan ragam yang kelihatan ..Oleh kerana itu marile kite sesama saksikan gambar- gambar yang diambil semasa berhari raya baru baru ini...
Salam buat ahli keluarga yang dikasihi Allah. Semoga dengan adanya blog ini bolehlah dihimpunkan aktiviti dan perkembangan keluarga masing masing di dalam ini termasuk juga yang belum berkeluarga.Sila baca blog -blog yang dipautkan di sisi blog ini moga ia memberi ilmu yang bermanfaat. Selain itu selalu selalulah beri bahan kepada nurhidayah.kakak@gmail.com dan jangan lupa sms selepas hantar bahan.