Ayahanda Hj Mohamed Adnan dan Ibunda Hjh. Siti Amerah

Ayahanda Hj Mohamed Adnan dan Ibunda Hjh. Siti Amerah

Rabu, 15 September 2010

سلامت هاري راي عيد الفطري












Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.Segala pujian bagi Allah dan selawat berpanjangan buat Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Alhamdulillah setelah sebulan berRamadhan maka muncullah Syawal . Hari meraikan kemenangan buat orang yang selalu bermujahadah melawan hawa nafsu...Maka dengan itu berkumpullah ahli keluarga di rumah orang tersayang .Lantaran itu berkunjunglah sanak saudara ke rumah sepupu sepapat, rakan taulan dan ipar duai khususnya di rumah ibunda tercinta.Terjalinlah silaturrahim dan leburlah segala dosa dosa yang telah dimaafkan melainkan dosa kepada Allah yang perlu diminta oleh si hamba kepadaNya. Di hari lebaran ini bermacamlah gelagat dan ragam yang kelihatan ..Oleh kerana itu marile kite sesama saksikan gambar- gambar yang diambil semasa berhari raya baru baru ini...