Ayahanda Hj Mohamed Adnan dan Ibunda Hjh. Siti Amerah

Ayahanda Hj Mohamed Adnan dan Ibunda Hjh. Siti Amerah

Jumaat, 24 Disember 2010

Kelahiran Orang Baru 2010






Setelah selesai majlis perkahwinan Murshidi dan Ema, maka ditakdirkan Allah lahirlah seorang putera dari keluarga Pak Cik Najib dan Mak Cik Nor. Kelahiran tersebut yang penuh dengan "sejarah" telah berlaku pada tarikh 29.11.2010. Maka setelah berfikir dan munajat dinamakanlah putera tersebut dengan nama MUHAMMAD HABIBURRAHMAN yang bermaksud Yang Terpuji Kekasih Yang Pemurah.

Rabu, 1 Disember 2010

Rabbani - Anak Soleh

Kelahiran Selepas Perkahwinan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan keluarganya serta para sahabat yang diredhai Allah.
Alhamdulillah setelah selesai majlis walimah Shidi dan Ema berlangsung maka berita gembira telah bertambah lagi iaitu dengan kelahiran zuriat keluarga pak cik Najib dan mak cik Nor pada tarikh 29 November 2010 jam 12.20 tengahari dan kebetulan pula selang 12 jam selepas itu iaitu 12.51 tengah malam lahirlah pula zuriat keluarga pak ngah Azizi dan mak ngah Atul ( keluarga adinda ibunda Siti Amerah iaitu Pak Teh Fadzil dan Mak Teh Khairul Bariah). Maka makbullah doa ibunda Siti Amerah yang inginkan supaya kelahiran dua zuriat tadi berlaku selepas selesai majlis walimah Shidi & Ema. Apapun segalanya di atas kehendak dan iradat Allah subhanahu wata ala. Doakan kesihatan dan keselamatan keluarga kita bersama. Amin.

Rabu, 15 September 2010

سلامت هاري راي عيد الفطري












Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.Segala pujian bagi Allah dan selawat berpanjangan buat Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Alhamdulillah setelah sebulan berRamadhan maka muncullah Syawal . Hari meraikan kemenangan buat orang yang selalu bermujahadah melawan hawa nafsu...Maka dengan itu berkumpullah ahli keluarga di rumah orang tersayang .Lantaran itu berkunjunglah sanak saudara ke rumah sepupu sepapat, rakan taulan dan ipar duai khususnya di rumah ibunda tercinta.Terjalinlah silaturrahim dan leburlah segala dosa dosa yang telah dimaafkan melainkan dosa kepada Allah yang perlu diminta oleh si hamba kepadaNya. Di hari lebaran ini bermacamlah gelagat dan ragam yang kelihatan ..Oleh kerana itu marile kite sesama saksikan gambar- gambar yang diambil semasa berhari raya baru baru ini...

Ahad, 15 Ogos 2010

Anak Menantu Hj Mohamed Adnan dan Hjh Siti Amerah

Keluarga Mohamad Murshidi dan Fahimah Husna
Keluarga Najib Arridza dan Norizah
Keluarga Saharuddin dan Najah Farahin
Keluarga Mohd Hafiz dan Siti Asmah
Keluarga Murtaza

Rabu, 11 Ogos 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Salam ukhuwah diucapkan kepada ahli keluarga yang dikasihi. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadikan kita lebih dekat dengan Allah sentiasa. Cuba- cubalah lihat nasihat nasihat yang ada dalam blog blog lain yang berada di dalam blog kita ini, atau lawatilah blog tersebut kerana ianya mungkin memberi manfaat kepada kita sekeluarga. Amin.

Isnin, 9 Ogos 2010


Assalamualaikum buat ahli keluarga yang dikasihi ... Melalui blog ini kita akan mengumpulkan bersama - sama gambar - gambar dan berita - berita terkini berkenaan kita adik beradik. Diharapkan sama - samalah menyumbang idea dan bahan - bahan untuk blog ini.