Ayahanda Hj Mohamed Adnan dan Ibunda Hjh. Siti Amerah

Ayahanda Hj Mohamed Adnan dan Ibunda Hjh. Siti Amerah

Jumaat, 24 Disember 2010

Kelahiran Orang Baru 2010






Setelah selesai majlis perkahwinan Murshidi dan Ema, maka ditakdirkan Allah lahirlah seorang putera dari keluarga Pak Cik Najib dan Mak Cik Nor. Kelahiran tersebut yang penuh dengan "sejarah" telah berlaku pada tarikh 29.11.2010. Maka setelah berfikir dan munajat dinamakanlah putera tersebut dengan nama MUHAMMAD HABIBURRAHMAN yang bermaksud Yang Terpuji Kekasih Yang Pemurah.

Rabu, 1 Disember 2010

Rabbani - Anak Soleh

Kelahiran Selepas Perkahwinan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan keluarganya serta para sahabat yang diredhai Allah.
Alhamdulillah setelah selesai majlis walimah Shidi dan Ema berlangsung maka berita gembira telah bertambah lagi iaitu dengan kelahiran zuriat keluarga pak cik Najib dan mak cik Nor pada tarikh 29 November 2010 jam 12.20 tengahari dan kebetulan pula selang 12 jam selepas itu iaitu 12.51 tengah malam lahirlah pula zuriat keluarga pak ngah Azizi dan mak ngah Atul ( keluarga adinda ibunda Siti Amerah iaitu Pak Teh Fadzil dan Mak Teh Khairul Bariah). Maka makbullah doa ibunda Siti Amerah yang inginkan supaya kelahiran dua zuriat tadi berlaku selepas selesai majlis walimah Shidi & Ema. Apapun segalanya di atas kehendak dan iradat Allah subhanahu wata ala. Doakan kesihatan dan keselamatan keluarga kita bersama. Amin.